Bertam – Aloq Staq – Johor Bahru, Aidilfitri 2009 – part02

October 5, 2009

jam pukul 12.30..hati gua tak keharuan pada tgh ari syawal tu…kepala dok terpikir pasal makcik gua kat Aloq Staq jaaa…dia dah gua anggap macam mak gua sendiri…mana taknya, dari sebelum lahir sampai gua umo 18 taun dia duduk ngan gua besarkan gua bersama2 dengan parents gua…gua penah denga yg mak gua penah berbual pasal yg dia tak kawen sebab nak jaga gua..begitu besar pengorbanan dia kat gua…serius gua anggap segala yg berlaku sampai arini kat diri gua adalah salah satu dari didikan dia…alhamdulillah…tetibe sedih skit kali ni…nak buat camne kan…hari raya, hari yg patut kite kenangkan dan berasa kebesaran yg maha besar Allah S.W.T serta menginsafi atas segala2 yg pernah berlaku ke atas diri kita…gua pernah terbaca ada segelintir kawan2 gua yg rasa dah omputeh sangat…komplen pasal cerita2 mesia pada hari raya semuanya sedih2…gua malas nak komen ape2…tapi bagi gua mood yg camtu sesuai sekali dengan menyampaikan mesej dan memotivasi diri tentang keinsafan setiap umat…

gua dah siap kemas barang2 masuk dalam kete…dah nak jalan..balik kampung sendiri dengan anak bini parents gua menyusur kemudian memandangkan diornag kena layan tetamu…(family gua jadik host raya taun ni)…bini gua pun dah ready…tapi mak gua dok sediakan makanan suh gua bawak balik dulu…gua ingat tepon gua dok bunyi dekat 10 kali dah sejak pukul 11 pagi dari makcik gua tu…sian dia..rindu le tu ngan gua & anak bini gua…tepat pukul 4 baru gua tembak naik highway…humang aih…bukan sediakan gua ingat, mak gua baru nak masak agaknye…dekat 4 jam amik mase tarok makanan semua dalam bekas…tensen…gua sabo je la memandangkan gua baru je mintak maap ngan dia pagi tu…ade kang plak gua jadik batu tgh2 bawak kete kat highway tu…sian budak2 propel nak kene alihkan batu time2 raya nih…muakakkakka…tu satu hal..kang tak pasal2 duit raya yg dia kasik pagi tu pun tukar same…gile rugi…huahuahuahua…jalan sesak..suke ati tokwan diorang bawak cam siput dok lane kanan…bukan je lampu gua bagi kat diorang dengan kepal2 gua kasik keluar tunjuk tande bengang…tapi harammm…diorang bawak jugak pelan dok lane kanan…ingat bawak kat taman tasik taiping ke…cinabeng betol…dengan enjin berkuasa VURBO…gua berjaya gak sampai dengan catatan masa yg agak membanggakan…sampai2 dekat kampung gua nampak kelibat seseorang yg sedang setia menanti dekat muka pintu…pilu hati gua…terus dia datang kat kete gua…aduh…sedih..dapat bayangkan dia punya perasaan rindu kat kitorang dengan keadaan menunggu tuh…imagine 4 jam dia menunggu…siap lengkap dengan tudung, baju raya yg cantik…lagi bertambah pilu kitorang…bini gua dah meleleh dah kat sebelah…biasala perempuan…tambah plak dengan bini gua yg amat cingeng (org jawa kata kuat nangis- wah tetibe gua pandai cakap jawa) gua terus bukak pintu nak peluk dia…ingat lagi ayat pertama yg dia ungkap…”awat lambat…?…” lagi bertambah sedih gila…pastu dia sambung…”cepat la…chaq nak pi beraya ni dah pukui berapa?…”terus lagu raya yg dok terngiang2 kat telinga gua macam pause tetiba…ade plak sound effect cengkerik kat belakang…muakakkakkaka…org punya sedih2 dia nak ajak pegi jalan2 beraya sebenornye…potong terus…hahhahahhahaha…i love u chaq!
chaq
to be continued…
promotion

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: