most viewed photos

January 25, 2010

top ten most viewed photos in my online album. sepanjang 2 taun account flickr gua pakai…just wanna share these photos and a brief description behind…

no 1
dr. M
gambo mase gua dok kat melben…gua jadik OP utk Seminar Pembangunan Insan yg dianjurkan oleh Kelab Umno Melbourne…punya la bangga bila dapat full access utk cover semua aktiviti Tun yg berlangsung sepanjang seminar tu…”Terima kasih Tun mai jenguk kami kat sini…” gua mulakan dulu berbual ngan Tun…buat2 ramah…dengan loghat utara…”takdak apa…takdak masalah…saya nak mai jenguk anak bangsa saya kat sini…” sejuk gua dengar…bila sorang pemimpin yg gua sangat respek buleh sembang & layan gua masa nak tunggu keta sampai…takdak org lain kat situ kecuali gua ngan dia…bodyguard dan yg lain2 dok jauh pada masa tu…tiba2 gua dengaq dia sambung balik sembang…gua dah mati akai nak sembang apa dah sebenarnya…hanya mampu tersenyum…”u buat apa kat sini…?” gua balas…”saya study kat sini tun”…”ooo baguihhhh..abih yg ni semua..?” sambil dok muncungkan mulut dia kat camera gua tanda bertanyakan pekerjaan gua dok tembak gambaq sepanjang dia di Melben…”ooo…ni depa suh saya amik gambaq…saya pun mau saja sebab buleh dapat jumpa tun…sapa yg takmao jumpa tun???” bunyi gua seakan2 macam membodek…gua terus terpikir lepas je cakap mende tu kat dia…dengan raut wajah yg cukup menyejukkan hati & mata gua, dia bagi satu senyuman yg amat berseri kat situ…gua nampak dia dah macam tokwan gua & rapat sangat walaupun baru 4-5 ayat dia balas soklan gua…ayat yg terakhir sebelum dia masuk keta… special dia tujukan kat gua…”belajaq elook2…bangunkan negara kita masa depan…”…Tun memang seorang yg baik…Smoga Allah panjangkan umur dia..amin….

gambar2 dari no 2-10 akan menyusul kemudian…

Advertisements

Ayern & Ayief

January 18, 2010

1

2
hero2 gua…sorry gua malas nak menulis buat masa ni…banyak beno keje…upload je gambo…nanti mood gua datang…gua sambung menulis utk next post…sorry guys…

Sabtu Lepas

January 10, 2010

Sabtu lepas taktau nak gi mane…lepas pegi jalan2 dengan parents gua…tetibe dapat idea nak lepak tepi pantai sambil minum air kelapa…terus ke pantai dekat2 ngan queensbay…bole laaa…bawak anak2 jalan…nak gi tempat lain takut tak sempat…sebab gua nak kejokan main bola ptg tu…muakakkkaka…so dengan idea bernas gua tu dalam masa yg sama konon2nya gua ada quality time dengan family dan masa yg sekejap gua dapat tembak balik ke bertam utk main bola…muakakkakaka…terer dak gua plan…ternyata kedua2 anak gua amat jakun bile dapat nengok air…hahhahahhahhaa…sian diorang…si ayern siap jerit tak kasik gua dekat2 ngan air…dia takut shark gigit gua…hahhahhaha…banyak nengok tv budak2 skang ni…!!
1

2

3
tapi yg bestnya lepas tu…tetibe bos gua ajak gi urut kaki…uuuwaaaaa….gua terpaksa ikut dan terpaksa naik teksi balik sendiri ke bertam utk main bola…pakcik tu plak amik 40 hengget dari Megamall ke Bertam…deng..!!

salam…agak lambat gak gua nak wish slamat taun baru…dah masuk hari ke-5 dah arini kita di taun baru…selain dari kelas yg banyak yg membuatkan gua tak sempat2 nak edit plus post gambau…keluarga kitorang masih dalam kesedihan…2010 muncul tapi 2009 sedikit sebanyak masih membayangi pada awal kemunculan sambutan taun baru kitorang…pada akhir2 taun 2009 kami mendapat berita sedih tentang pemergian org yg tersayang…rodziah bt yahya…nenek gua..! sepanjang tahun dia menderita dan berlawan dengan penyakit buah pinggang + jantung + darah tinggi + kencing manis…akhirnya pulang ke ramahtullah menemui maha pencipta pada akhir 2009…gua yg balik ke kampung pada awal dia dimasukkan ke hospital sempat menjenguk + menjaga di hospital…semasa menjenguk…arwah masih lagi boleh bercakap dan memberi respon yg baik…cuma dia ditahan di wad ICU…pada keesokkan harinya…dia telah dibawak ke wad biasa utk menerima rawatan..kami bersyukur dengan kesihatan dia yg amat baik pada masa itu..walaupun masih menggunakan penutup muka (bekalan oksigen)…tapi dia masih boleh berkata2 dan sembang dengan semua anak cucu dan cicit yg melawat…dia mampu mengingat kesemua warisnya…semua dapat menatap wajahnya…alhamdulillah…kami pulang ke rumah dengan perasaan yg cukup lega…tepat pukul 4 pagi kami sekali lagi dikejutkan dengan panggilan dari maksu & bapak gua yg mana sentiasa menjaganya disebelah…pangilan telepon kali ini mengejutkan kami dengan berita yg nenek kembali & semakin kritikal…dada gua kembali berdegup kencang…benar kata org tua2…selalunya org yg akan pergi (kalo tgh sakit)…mereka akan jadi sihat sebelum menemui maha pencipta…dia nak jumpa waris2nya…aduh…bergegas kami semua ke hospital balik…dan sampainya kat hospital memang muka arwah sudah nampak sangat2 tenat…kesihan nengok cara mesin tu push jantung nenek gua utk bernapas…bantuan mesin tu amat lah berguna utk meneruskan memberi pertolongan nenek gua utk bernafas tapi agak sedih dengan paksaan yg diberikan…semua org dah mula membaca yasin…terdiam & terduduk gua sambil tanpa sebarang bunyi2an sekeliling terdengar terbayangkan kenangan manis kami semua dengan arwah…baru lagi gua ingat kami dok bergelak ketawa semasa sambutan hari raya taun lepas di mana kami menjadi host bagi perayaan tu…arwah nenek sangat gembira dengan kepulangan semua anak cucu cicitnya…gua dapat nengok muka semua org yg merah2 kesedihan…gua tak boleh berkata apa2…terdiam & terpaku…dalam muka dia yg ceria pada hari sebelumnya…tak sangka dia akan meninggalkan kami pada ketika tu…1 jam selepas tu…doktor bertugas pada ketika tu (yg pegang kes nenek gua) datang memberikan borang utk ditandatangani…sekali lagi seluruh keluarga meraung bila doktor menegaskan yg effect dari mesin yg membantu pernafasan nenek gua akan mendatangkan implikasi yg besar dan bole menyakitkan arwah…kesihan…imagine la kami pada waktu tu nak kena terima hakikat nenek pada masa tu kena cabut semua bantuan dan perlu bergantung pada sistem pernafasan sendiri…buat pertama kalinya gua nengok bapak gua pada masa tu jatuh lembik terkulai atas lantai kerana “terpaksa” tandatangan borang itu…suasana yg amat sedih menyelubungi semua keluarga pada masa tu…maksu yg sepanjang berada di hospital menyatakan hasrat nenek gua ingin balik ke rumah dia sendiri pada akhir hayat dia…so semua decided nak cabut bantuan pernafasan di rumah & doktor bersetuju / hormat dengan keputusan tu…tepat jam 10.30…dengan tenang…dan sebanyak 3 kali nenek menghembuskan nafas terakhir dia dengan lembut nenek meninggalkan keluarga yg dicintainya…gua berbangga seseorang yg digelar isteri/ibu/nenek/moyang meninggalkan keluarganya yg boleh gua katakan yg berjaya…alhamdulillah…nenek telah besarkan 14 org anaknya dengan penuh kasih sayang, pengajaran agama, dan memberikan pendidikan yg sempurna kepada anak2 dia sehingga mewariskan keturunan yg alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik…semoga rohnya dicucuri rahmat…amin…semoga ditempatkan ke dalam golongan yg beriman…insyaAllah
1

2

3

4

5
wan gua yg tabah mengahadapi hari2 yg mendatang tanpa teman sepanjang hayatnya…tabahkan hatimu wan…anak & cucu sentiasa bersamamu…insyaAllah…