2010 dan selamat tinggal 2009

January 5, 2010

salam…agak lambat gak gua nak wish slamat taun baru…dah masuk hari ke-5 dah arini kita di taun baru…selain dari kelas yg banyak yg membuatkan gua tak sempat2 nak edit plus post gambau…keluarga kitorang masih dalam kesedihan…2010 muncul tapi 2009 sedikit sebanyak masih membayangi pada awal kemunculan sambutan taun baru kitorang…pada akhir2 taun 2009 kami mendapat berita sedih tentang pemergian org yg tersayang…rodziah bt yahya…nenek gua..! sepanjang tahun dia menderita dan berlawan dengan penyakit buah pinggang + jantung + darah tinggi + kencing manis…akhirnya pulang ke ramahtullah menemui maha pencipta pada akhir 2009…gua yg balik ke kampung pada awal dia dimasukkan ke hospital sempat menjenguk + menjaga di hospital…semasa menjenguk…arwah masih lagi boleh bercakap dan memberi respon yg baik…cuma dia ditahan di wad ICU…pada keesokkan harinya…dia telah dibawak ke wad biasa utk menerima rawatan..kami bersyukur dengan kesihatan dia yg amat baik pada masa itu..walaupun masih menggunakan penutup muka (bekalan oksigen)…tapi dia masih boleh berkata2 dan sembang dengan semua anak cucu dan cicit yg melawat…dia mampu mengingat kesemua warisnya…semua dapat menatap wajahnya…alhamdulillah…kami pulang ke rumah dengan perasaan yg cukup lega…tepat pukul 4 pagi kami sekali lagi dikejutkan dengan panggilan dari maksu & bapak gua yg mana sentiasa menjaganya disebelah…pangilan telepon kali ini mengejutkan kami dengan berita yg nenek kembali & semakin kritikal…dada gua kembali berdegup kencang…benar kata org tua2…selalunya org yg akan pergi (kalo tgh sakit)…mereka akan jadi sihat sebelum menemui maha pencipta…dia nak jumpa waris2nya…aduh…bergegas kami semua ke hospital balik…dan sampainya kat hospital memang muka arwah sudah nampak sangat2 tenat…kesihan nengok cara mesin tu push jantung nenek gua utk bernapas…bantuan mesin tu amat lah berguna utk meneruskan memberi pertolongan nenek gua utk bernafas tapi agak sedih dengan paksaan yg diberikan…semua org dah mula membaca yasin…terdiam & terduduk gua sambil tanpa sebarang bunyi2an sekeliling terdengar terbayangkan kenangan manis kami semua dengan arwah…baru lagi gua ingat kami dok bergelak ketawa semasa sambutan hari raya taun lepas di mana kami menjadi host bagi perayaan tu…arwah nenek sangat gembira dengan kepulangan semua anak cucu cicitnya…gua dapat nengok muka semua org yg merah2 kesedihan…gua tak boleh berkata apa2…terdiam & terpaku…dalam muka dia yg ceria pada hari sebelumnya…tak sangka dia akan meninggalkan kami pada ketika tu…1 jam selepas tu…doktor bertugas pada ketika tu (yg pegang kes nenek gua) datang memberikan borang utk ditandatangani…sekali lagi seluruh keluarga meraung bila doktor menegaskan yg effect dari mesin yg membantu pernafasan nenek gua akan mendatangkan implikasi yg besar dan bole menyakitkan arwah…kesihan…imagine la kami pada waktu tu nak kena terima hakikat nenek pada masa tu kena cabut semua bantuan dan perlu bergantung pada sistem pernafasan sendiri…buat pertama kalinya gua nengok bapak gua pada masa tu jatuh lembik terkulai atas lantai kerana “terpaksa” tandatangan borang itu…suasana yg amat sedih menyelubungi semua keluarga pada masa tu…maksu yg sepanjang berada di hospital menyatakan hasrat nenek gua ingin balik ke rumah dia sendiri pada akhir hayat dia…so semua decided nak cabut bantuan pernafasan di rumah & doktor bersetuju / hormat dengan keputusan tu…tepat jam 10.30…dengan tenang…dan sebanyak 3 kali nenek menghembuskan nafas terakhir dia dengan lembut nenek meninggalkan keluarga yg dicintainya…gua berbangga seseorang yg digelar isteri/ibu/nenek/moyang meninggalkan keluarganya yg boleh gua katakan yg berjaya…alhamdulillah…nenek telah besarkan 14 org anaknya dengan penuh kasih sayang, pengajaran agama, dan memberikan pendidikan yg sempurna kepada anak2 dia sehingga mewariskan keturunan yg alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik…semoga rohnya dicucuri rahmat…amin…semoga ditempatkan ke dalam golongan yg beriman…insyaAllah
1

2

3

4

5
wan gua yg tabah mengahadapi hari2 yg mendatang tanpa teman sepanjang hayatnya…tabahkan hatimu wan…anak & cucu sentiasa bersamamu…insyaAllah…

Advertisements

3 Responses to “2010 dan selamat tinggal 2009”

  1. Rosli said

    Takziah bro..Al-fatihah…
    cite kita hampir sama bro…bezanya sebelah aku arwah abah. masa tu kalo aku blh menjerit aku dah menjerit.

    anyway, life must goes on..

  2. FyruzSalim said

    sori abg asyiek fyruz x smpt nak call abg asyiek time tu..anyway bykkan berdoa dan sedekahkn al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.insyaallah…

  3. syam said

    Takziah bro..
    Al-Fatihah untuk arwah..
    Semoga dia ditempat dikalangan orang² yg beriman.
    Amin…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: